Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

201  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3483.
Al Hasan bin Ali Al Khallal menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Dawud Al Hasyimi memberitahukan kepada kami, Abdur Rahman bin Abiz Zanad memberitahukan kepada kami dari Musa bin Uqbah dari Abdillah bin Al Fadhl dari Abdur Rahman Al 'Araj dari Ubaidillah bin Abi Rafi' dari Ali bin Abi Thalib dari Rasulullah SAW bahawa beliau apabila melakukan solat wajib maka beliau mengangkat kedua tangannya tepat arah kedua pundaknya. Beliau melakukan itu setelah menyelesaikan bacaannya dan hendak rukuk dan beliau melakukan seperti itu jika mengangkat kepalanya dan beliau tidak mengangkat tangannya dalam keadaan apapun dari solatnya sedang beliau duduk. Lalu beliau jika berdiri dari dua sujud maka beliau mengangkat kedua tangannya seperti itu lalu bertakbir dan membaca ketika memulai solat setelah takbir: Lalu jika Beliau rukuk. Beliau membaca dalam rukuknya: Jika Beliau mengangkat kepalanya dari rukuk Beliau membaca: Jika Beliau Sujud Beliau membaca dalam sujudnya: Dan beliau membaca ketika selesai solat Hadis ini adalah hadis hasan sahih dan mengamalkan hadis ini adalah menurut Imam Syafi'i dan sebahagian sahabat-sahabat kami, dan sebahagian ahli ilmu dari penduduk Kufah dan lainnya berkata: Mengamalkan doa ini dalam solat sunnah dan doa ini tidak diucapkan dalam solat wajib. Aku mendengar Abu Ismail iaitu At Turmudzi berkata: Aku mendengar Sulaiman Ad Dawud Al.Hasyimi berkata dan ia menyebutkan hadis ini lalu berkata: "Hadis ini menurut pendapatku adalah seperti hadis Az Zuhri dari Salim dari ayahnya.

202  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0803.
Hannad menceritakan kepada kami, Muhammad bin Al-Fudhail memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Dawud bin Abu Hind dari Al-Walid bin 'Abdur Rahman Al-Jurasyi dari Jubair bin Nufair dari Abu Dzarr di mana ia berkata: "Kami puasa bersama dengan Rasulullah s.a.w. maka baginda tidak solat bersama kami sehingga tinggal sisa tujuh hari dari bulan Ramadan kemudian baginda beribadah bersama kami sampai menghabiskan sepertiga malam. Kemudian baginda tidak beribadah bersama kami pada malam yang keenam, dan pada malam kelima baginda beribadah bersama kami sehingga larut malam, kami lantas berkata: "Wahai Rasulullah, bagaimana bila engkau habiskan sisa malam ini untuk mengerjakan ibadah sunat bersama kami?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya barangsiapa yang beribadah bersama imam sehingga imam itu pergi maka dicatat baginya ibadah satu malam penuh." Kemudian baginda tidak solat bersama kami sehingga tinggal sisa tiga malam dari bulan Ramadan. Pada malam ketiga baginda solat bersama kami serta mendoakan keluarga dan isteri-isteri baginda. Baginda beribadah bersama kami sampai-sampai kami khuatir tiba saat kebahagiaan". Saya bertanya kepadanya: "Apakah saat kebahagiaan itu?" Ia menjawab: "Sahur." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih." Para ulama' berbeza pendapat dalam masalah menghidup-hidupkan bulan Ramadan. Sebahagian ulama' berpendapat iaitu dengan mengerjakan solat 41 rakaat berserta Witir; begitulah pendapat ulama' Madinah. Pengamalan terhadap pendapat itu disepakati oleh segenap ulama' Madinah. Majoriti ulama' dengan berdasarkan pada hadis yang diriwayatkan dari 'Ali, 'Umar dan sahabat-sahabat Nabi yang lain iaitu 20 rakaat. Demikianlah pendapat Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak dan Asy-Syafi'i. Asy-Syafi'i berkata: "Demikianlah yang saya lihat di kota kami Mekah, iaitu mereka solat 20 rakaat." Ahmad berkata: "Dalam masalah ini ditemukan banyak riwayat yang masing-masing tidak perlu diperdebatkan." Ishaq berkata: "Akan tetapi kami memilih 41 rakaat dengan berdasarkan pada hadis yang diriwayatkan dari Ubayy bin Ka'b." Ibnul Mubarak, Ahmad dan Ishaq memilih solay sunat dalam bulan Ramadan itu bersama dengan imam; sedangkan Asy-Syafi'i memilih untuk solat sendirian bila memang orang itu bagus bacaannya.

203  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0138.
Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainab menceritakan kepada kami dari Hisyam bin Urwah dari Fathimah binti Mundzir dari Asmak binti Abi Bakar bahawasanya seorang bertanya kepada Nabi saw tentang yang terkenal darah haid maka Rasulullah saw bersabda: "Hilangkanlah (gosoklah) kain itu kemudian gosok-gosoklah dengan air kemudian percikan air padanya dan solatlah padanya. Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah, dan Ummu Qais binti Mihshan. Abu Isa berkata: "Hadis Asmak mengenai mencuci darah adalah hadis hasan sahih." Ahli ilmu telah berbeza pendapat mengenai darah yang ada pada kain lalu ia solat padanya sebelum ia mencucinya. Sebahagian ahli ilmu dari tabi'in berkata: "Apabila darah itu seukuran dirham ia tidak mencucinya dan ia solat padanya maka ia mengulangi solat. Dan sebahagian dari mereka berkata: "Apabila darah itu lebih banyak dari pada ukuran satu dirham maka ia mengulangi solat. Itu pendapat Sufyan Ats Tsauri dan Ibnu Mubarak. Sebahagian dari ahli ilmu dari tabi'in dan lainnya tidak mewajibkan untuk mengulangi solat meskipun darah itu lebih banyak dari pada ukuran satu dirham. Dan dengannya Ahmad dan Isahaq berpendapat. Asy Syafi'i berpendapat berkata: "Wajib atasnya mencuci meskipun darah itu kurang dari ukuran satu dirham". Dan ia mengeraskan dalam hal itu.

204  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0708.
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Dikhabarkan orang kepada ku bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Solat sambil duduk, pahalanya seperdua solat berdiri." Tidak berapa lama sesudah itu aku mendatangi beliau, dan ku dapati beliau sedang solat sambil duduk lalu ku letakkan tangan ku di kepala beliau. Beliau bertanya, "Apa maksudmu hai 'Abdullah bin 'Umar?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ada orang mengkhabarkan kepada ku, bahawa anda pernah bersabda: Solat sambil duduk pahalanya, seperdua solat berdiri. Tetapi kenapa anda solat sambil duduk.". Jawab beliau, "Aku tidak seperti kalian."

205  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0379.
Ahmad bin Abdah Adh Dhabi menceritakan kepada kami, Hammah bin Zaid memberitahukan kepada kami, dari Maimun Abi Hamzah dengan sanad ini seperti hadis Abbad bin Maimun dan dia berkata: "Hamba sahaya kami dipanggil Rabah". Abu Isa berkata: "Hadis Ummi Salamah sanadnya tidak kuat dan Maimun Abu Hamzah dianggap lemah para ahli ilmu". Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang hukum meniup di waktu solat, sebahagian mereka berkata: "Kalau seseorang meniup di waktu solat, maka dia harus memulai solatnya", dan ini pendapat Sufyan Ats Tsauri dan penduduk Kufah. Dan sebahagian mereka memakruhkan meniup diwaktu solat dan kalau meniup di waktu solat maka tidak rosak solatnya dan ini pendapat Ahmad dan Ishaq.

206  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0509.
uhammad bin Abi. Umar memberitakan kepada kami, Sufyan bin 'Uyainah memberitakan kepada kami dari Muhammad bin 'Ajlan dari 'lyadh bin Abdillah bin Abi Sarh bahawasanya Abu Sa'id Al Khudri' masuk (masjid) pada hari Jumaat, sedangkan Marwan sedang berkhutbah. Lalu ia berdiri, solat. Lalu penjaga datang untuk mendudukkannya. Namun ia enggan sehingga ia solat. Ketika ia pergi, kami mendatanginya. Kami berkata: "Semoga Allah memberitakan kamu, jika mereka hampir mendudukkanmu". Maka ia berkata: "Saya tidak layak meninggalkan keduanya setelah sesuatu yang saya lihat dari Rasulullah saw. Kemudian ia menyebutkan bahawa seorang laki-laki datang pada hari Jumaat dalam keadaan lusuh dari Nabi saw sedang khutbah pada hari Jumaat. Lalu beliau memerintahkan kepadanya maka ia solat dua rakaat sedangkan Nabi saw berkhutbah. Ibnu Abi 'Umar berkata: "Ibnu 'Uyainah biasa melakukan solat dua rakaat apabila ia datang dan imam sedang berkhutbah, dan ia memerintahkan untuk melakukan solat itu, padahal Abu 'Abdur Rahman Al Muqri' mengetahuinya." Abu 'Isa berkata: "Saya mendengar Ibnu Abi 'Umar berkata: "Ibn 'Uyainah berkata: "Muhammad bin 'Ajlan adalah orang yang sangat dapat dipercaya dalam hadis ini." Masalah ini diriwayatkan pula dari Jabir, Abu Hurairah dan Sahl bin Sa'd. Abu 'Isa berkata: "hadis Abu Sa'id Al-Khudri ini adalah hadis hasan sahih; dan pelaksanaan dari kandungan hadis ini disepakati oleh sebahagian para ulama'. Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq juga mempunyai pendapat seperti itu." Akan tetapi sementara ulama' berpendapat bahawa apabila seseorang masuk sedangkan imam sedang berkhutbah maka hendaklah ia langsung duduk dan tidak melakukan solat. Ini pendapat Sufyan AtsTsauri dan ulamak Kufah. Pendapat pertama di atas itulah yang lebih kuat.

207  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0399.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. bertambah sakit, Bilal datang kepada beliau memberitahukan bahawa waktu solat telah tiba. Maka sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Aku (' Aisyah) berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalaulah dia yang menggantikan Tuan menjadi Imam, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja?" Sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia menjadi imam bagi orang banyak. " Kemudian ku katakan kepada Hafsah agar dia mengatakan kepada beliau: "Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalau dia yang menjadi imam menggantikan Rasulullah, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja." Jawab beliau, "Sesungguhnya kamu (para wanita) sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Abu Bakar tampil menjadi imam. Sementara itu Rasulullah saw. merasakan badannya agak ringan. Beliau pergi ke masjid dipapah dua orang laki-laki, sedangkan kedua kaki beliau terjuntai ke lantai hingga sampai ke masjid. Ketika Abu Bakar mendengar bahawa Rasulullah saw. datang, dia mencuba hendak mundur ke belakang. Tetapi Rasulullah mengisyaratkan kepadanya supaya ia tetap di tempatnya, dan Nabi saw. duduk di sebelah kirinya. Abu Bakar solat dengan berdiri, sedang Rasulullah saw. solat sambil duduk. Abu Bakar mengikutkan solat Rasulullah saw., dan orang banyak mengikutkan Abu Bakar r.a."

208  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0366.
Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. sakit. Kerana itu beliau solat sambil duduk, dan kami solat di belakang beliau sambil berdiri, sedangkan Abu Bakar mengeraskan suaranya takbir menyambung suara Nabi, supaya kedengaran oleh orang ramai. Tiba-tiba beliau menoleh kepada kami, maka dilihatnya kami berdiri. Lalu beliau memberi isyarat supaya kami duduk, maka duduklah kami semuanya. Setelah solat, beliau bersabda: "Hampir saja anda sekalian berbuat seperti orang Parsi dan Rum. Mereka berdiri apabila menghadap raja-raja mereka, sedangkan raja-raja itu duduk. Maka janganlah sekali-kali anda berbuat seperti itu. Ikutilah imam anda! Jika imam itu solat berdiri, maka solat pulalah kamu sambil berdiri. Jika dia solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu."

209  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0392.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Ismail bin Ibrahim memberitahukan kepada kami, Hisyam Ad Dastawi memberitahukan kepada kami dari Yahya bin Abi Katsir dari Iyadh bin Hilal berkata: "Aku berkata kepada Abi Said: "Seseorang dari kami melakukan solat lalu tidak mengerti berapa rakaat dia telah melakukan solat, lalu Abi Said berkata: "Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang dari kami melakukan solat lalu tidak mengerti berapa rakaat dia telah melakukan solat maka hendaklah dia bersujud dua kali sujud dengan duduk." Dalam bab ini berkata terdapat hadis dari Utsman Ibnu Mas'ud, Aisyah dan Abu Hurairah. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Said adalah hasan". Abu Isa berkata: "Hadis Abi Said adalah hasan". Abu Isa berkata: "Hadis Abi Said adalah hasan". Dan hadis ini benar-benar diriwayatkan dari Abi Said dari selain sanad ini. Dan diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Apabila seseorang dari kamu ragu-ragu di antara rakaat pertama dan kedua maka hendaklah menjadikannya rakaat pertama dan apabila ragu-ragu diantara rakaat kedua dan ketiga maka hendaklah bersujud dua kali sujud sahwi sebelum salam. Dan hadis ini diamalkan menurut para sahabat kami dan sebahagian orang ahli ilmu berkata: "Apabila seseorang ragu-ragu di dalam solatnya lalu tidak mengerti berapa rakkat dia telah melakukan solat maka hendaklah mengulanginya."

210  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1035.
Hannad menceritakan kepada kami, Wakie' memberitahukan kepada kami dari Musa bin Ali bin Rabah dari ayahnya dari Uqbah bin Amir Al Juhani berkata: "Tiga waktu Rasulullah saw melarang kami untuk solat atau mengubur orang-orang mati kita iaitu: ketika terbit matahari sampai naik sepenggalah. ketika istiwa'nya matahari (ketika matahari pas di titik kulminasi) sampai ia condong sedikit. Dan ketika matahari condong untuk terbenam sampai terbenam." Abu Isa berkata: Hadis ini hadis hasan sahih, mengamalkan hadis ini menurut sebahagian ahli ilmu dari sahabat-sahabat Nabi saw dan yang lainnya menganggap makruh mensolati mayat di waktu-waktu ini. Ibnu Mubaarak berkata: "Arti hadis ini, atau mengubur orang mati kami di waktu-waktu itu, yang dimaksud ialah mensolati jenazahnya dan makruh solat ketika terbitnya matahari dan terbenamnya; ketika pertengahan siang sampai matahari bergeser, iaitu ucapan Ahmad dan Ishaq. Syafi'i berkata: "Tidak jadi apa, mensolati jenazah di waktu-waktu yang dimakruhkan solat di dalamnya.